Definisi Penjodoh Bilangan : Perkataan yang digunakan berpasangan dengan
kata nama untuk membilang atau menyebut
kata nama itu.
Senarai Penjodoh Bilangan :
( a ) Angkatan
Digunakan untuk : kumpulan atau kelompok benda dan manusia.
Contoh : tentera, usahawan, sasterawan, belia, penulis
Ayat : Seangkatan pengawai polis bergegas ke tempat
kemalangan itu.
---------------------------------------------------------------------------------
( b ) Bakul
Digunakan untuk : benda yang diisikan di dalam bakul.
Contoh : kuih, sampah, buah, makanan
Ayat : Mak Limah membawa sebakul kuih keria untuk dijual di
gerai.
--------------------------------------------------------------------------------
( c ) Baris
Digunakan untuk : benda yang berderet atau manusia yang teratur.
Contoh : ayat, runah, murid, tulisan, kerusi
Ayat : Dua baris rumah setinggan hanggus dijilat api pagi tadi.