BAHASA MALAYSIA
pages
SINOPSIS
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia semua. Harap-harap semua sihat sejahtera. Tujuan blog ini dibina hanyalah untuk memberi maklumat tentang tajuk penjodoh bilangan.
Isnin, Mei 30, 2011
Isnin, Mei 23, 2011
LATIHAN 2
Gariskan pada penjodoh bilangan yang sesuai bagi menyempurnakan ayat-ayat di bawah ini.
1. Ali membeli dua ( buah / botol ) minuman berkabornat untuk
menghilangkan dahaganya.
2. Mei Lin membeli ( buku / bungkus ) sabun di kedai runcit itu.
3. Ayah membeli se ( buku / buah ) kereta berjenama Proton Saga.
4. Semasa waktu rehat, Ahmad membeli beberap ( bakul / bungkus )
makanan ringan untuk menahan kelaparannya.
5. Polis itu memasukkan se ( biji / butir ) peluru ke dalam senapang itu.
6. Adik sekaligus menghabiskan sepuluh ( cucuk / batang ) sate.
7. Ayah mempunyai se ( baris / deret ) rumah sewa di Kuala Lumpur.
8. Su Lin memelihara beberapa ( ekor / buah ) ikan di akuarium.
9. Ibu membeli tiga ( botol / gelas ) air kelapa di pasar malam.
10. Kakak membeli se ( buah / buku ) songkok untuk adiknya.
Deret, Ekor, Gelas
( p ) Deret
Digunakan untuk : Bangunan dan kenderaan yang berderet-deret.
Contoh : gerai, kedai, rumah, lori, motosikal.
Ayat : Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Klang.
Digunakan untuk : Bangunan dan kenderaan yang berderet-deret.
Contoh : gerai, kedai, rumah, lori, motosikal.
Ayat : Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Klang.
-----------------------------------------------------------------------------------
(q) Ekor
Digunakan untuk : Semua jenis haiwan.
Contoh : ayam, lembu, gajah, unta, zirafah.
Ayat : Haji Husin memelihara dua ekor kucing Parsi.
--------------------------------------------------------------------------------
( r ) Gelas
Digunakan untuk : Cecair yang diisikan ke dalam gelas.
Contoh : air kelapa, teh, susu, kacang soya.
Ayat : Fakaruddin membeli dua gelas air kacang soya di pasar
malam.
Bungkus, Butir, Cucuk
( m ) Bungkus
Digunakan untuk : Kumpulan benda yang dibalut.
Contoh : coklat, nasi lemak, makanan ringan.
Ayat : Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk
dibawa ke pejabat.
Digunakan untuk : Kumpulan benda yang dibalut.
Contoh : coklat, nasi lemak, makanan ringan.
Ayat : Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk
dibawa ke pejabat.
----------------------------------------------------------------------------
( n ) Butir
Digunakan untuk : Benda yang kecil dan bulat
Contoh : peluru, beras, bawang, kelapa.
Ayat : Siti mengupas lima butir bawang merah.
-------------------------------------------------------------------------
( o ) Cucuk
Digunakan untuk : Benda yang dicucuk dengan lidi.
Contoh : sate, ayam percik.
Ayat : Abang membeli lima puluh cucuk sate ayam dan daging
lembu.
Botol, Buah, Buku
( j ) Botol
Digunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botol.
Contoh : air, dakwat, minuman, kicap, minyak
Ayat : Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi
ketika berada di luar negara.
Digunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botol.
Contoh : air, dakwat, minuman, kicap, minyak
Ayat : Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi
ketika berada di luar negara.
-------------------------------------------------------------------------------
( k ) Buah
Digunakan untuk : benda yang besar, tempat, bangunan, dan semua jenis kenderaan.
Contoh : dusun, songkok, almari, lori.
Ayat : Hairul berasa hairan apabila melihat sebuah lori tiba-tiba
berhenti di hadapan rumahnya.
-----------------------------------------------------------------------------------
( l ) Buku
Digunakan untuk : Benda yang berbuku dan berbongkah kecil.
Contoh : benang, roti, sabun.
Ayat : Shamsul membeli sebuku roti di kedai itu.
LATIHAN 1
|
1.
__________________________
2.
__________________________
3.
__________________________
4.
__________________________
5.
__________________________
6.
__________________________
7.
8.
__________________________
9.
__________________________
10.
__________________________
11.
__________________________
12.
__________________________
Bidang, Biji, Bilah
( g ) Bidang
Digunakan untuk : Benda yang lebar, luas, dan rata.
Contoh : sawah, ladang, tanah, tikar, permaidani.
Ayat : Nenek membentang sebidang tikar nipah untuk tetamu
yang datang.
---------------------------------------------------------------------------------
( h ) Biji
Digunakan untuk : Buah-buahan dan benda yang berbentuk bulat.
Contoh : cawan, butang, guli, tembikai.
Ayat : Suzie menyusun enam biji cawan di atas meja.

( i ) Bilah
Digunakan untuk : Senjata atau benda yang tajam.
Contoh : gergaji, gunting, jarum, kapak, parang.
Ayat : Ayu memotong kek hari jadinya dengan menggunakan
sebilah pisau.
Langgan:
Catatan (Atom)