Powered By Blogger

pages

SINOPSIS

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia semua. Harap-harap semua sihat sejahtera. Tujuan blog ini dibina hanyalah untuk memberi maklumat tentang tajuk penjodoh bilangan.

Isnin, Mei 23, 2011

Bidang, Biji, Bilah

( g ) Bidang
Digunakan untuk : Benda yang lebar, luas, dan rata.
Contoh               : sawah, ladang, tanah, tikar, permaidani.
Ayat                   : Nenek membentang sebidang tikar nipah untuk tetamu
                            yang datang.
---------------------------------------------------------------------------------
( h ) Biji
Digunakan untuk : Buah-buahan dan benda yang berbentuk bulat.
Contoh               : cawan, butang, guli, tembikai.
Ayat                   : Suzie menyusun enam biji cawan di atas meja.
---------------------------------------------------------------------------------
( i ) Bilah
Digunakan untuk : Senjata atau benda yang tajam.
Contoh               : gergaji, gunting, jarum, kapak, parang.
Ayat                   : Ayu memotong kek hari jadinya dengan menggunakan 
                            sebilah pisau.