Powered By Blogger

pages

SINOPSIS

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia semua. Harap-harap semua sihat sejahtera. Tujuan blog ini dibina hanyalah untuk memberi maklumat tentang tajuk penjodoh bilangan.

Sabtu, Mei 07, 2011

Batang, Bentuk, Berkas

( d ) Batang 
Digunakan untuk : Benda yang lurus, panjang, dan keras.
Contoh               : gigi, paku, lilin, jalan raya, tongkat.
Ayat                   : Datuk berjalan dengan menggunakan sebatang tongkat rotan.
-------------------------------------------------------------------------------

( e ) Bentuk 
Digunakan untuk : Benda yang kecil dan berbentuk lengkung.
Contoh               : subang, cincin, mata kail.
Ayat                   : Faris membeli dua bentuk  cincin berlian untuk tunangnya.

-------------------------------------------------------------------------------

( f ) Berkas 
Digunakan untuk : Benda yang telah diikat dalam satu ikatan.
Contoh               : buluh, rotan, kunci, lidi, ranting.
Ayat                   : Ahmad membawa seberkas rotan dari hutan.